Cinta 3 Suku




Pengarang : Herna Diana
Muka Surat : 512

'SKETSA PERANG' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman - gadis comel yang nakal berwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara . Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie - Pertemuan dengan iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri..


Sape2 yang suke novel yang kurang2 jiwang sikit tu boleh cuba baca novel yang ni.. Dari sinopsis dia nampak macam cerita sengal2 sikit.. hoho

Comments

laskar rainbow said…
cam best jerk...=)
best tak bagi awk?
MiszNana said…
huhu..lom baca lg..nant nak carik gak..
fa-in said…
haha nice one!
nak beli nnt2 la,ade 3 novel x abis bce lg ni :)

Popular posts from this blog

ADAM

Kami Dah Kahwinlah