Gajah Oh Gajah


gambar hiasan



Disebabkan buah keranji, seorang lelaki menemui ajal selepas dipijak gajah liar dekat Hutan Bring, Gua Musang semalam. Tapi empat lagi rakannya terselamat apabila berjaya melarikan diri dari sekumpulan gajah tu. Mereka dipercayai menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda sebelum berjalan kaki masuk ke dalam hutan tu untuk mencari buah keranji. Namun malang sentiasa tak berbau apabila mereka terserempak dengan kumpulan gajah berkenaan yang kemudiannya mengejar mereka berlima. Dalam aksi kejar-mengejar tu mereka masing-masing cuba menyelamatkan diri tanpa menyedari salah sorang rakan mereka telah dipijak oleh kumpulan gajah tu. Mereka berempat kemudian berpatah balik untuk mencari mangsa selepas gajah-gajah tu beredar dari situ tapi malangnya rakan mereka telah meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badannya. Mereka kemudian membawa mayat mangsa ke rumahnya sebelum membuat laporan polis. Dalam hutan memang bahaya pun, kalo tak jumpa harimau jumpa pulak gajah. Semoga roh mangsa berada di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.


Comments

fa-in said…
ngeri nyaa..moga roh nya dicucuri rahmat.
Mya Amyra said…
ishh.takut mya denga

Popular posts from this blog

ADAM

Cinta 3 Suku

Kami Dah Kahwinlah